CONTACT US
  • Utama
    • Projek Hijau Lestari Komuniti
    • Projek Hijau Lestari Sekolah
  • Kitar Semula
    • Barangan Kitar Semula Bukan Organik
    • Kitchen Waste Composter
  • Redemption
  • LOG MASUK
  • Galeri
    • Workshop
  • Green Ambassador / Testimoni
  • Hubungi Kami
 Online Guests
Picture

PROJEK HIJAU LESTARI
(SUSTAINABLE GREEN PROJECT)

Projek Hijau Lestari ialah Projek Berasaskan Komuniti (community based project) memerlukan penyertaan dari semua golongan komuniti dalam pengurangan sisa makanan ke tapak pelupusan. Pada 22 Disember 2012, Pasukan Biosense yang diketuai oleh Pn Rokiah telah mengadakan bengkel Pengkomposan Sisa Makanan di Taman Sri Kasih dan disertai oleh 20-25 orang peserta. Aktiviti yang dijalankan di taman tersebut termasuk program termasuk follow-up serta demonstrasi tentang pengkomposan sisa makanan. Semua peserta yang serius dalam projek ini telah didaftarkan dalam bonushijau agar segala aktiviti pengkomposan dapat dikawal oleh pihak Biosense. Butiran serta gambar tentang projek ini boleh dirujuk di Utama > Projek Hijau Lestari Sekolah.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Projek ini dirancang untuk mengajak komuniti termasuk murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah di Daerah Seremban untuk melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar bermula di rumah. Aktiviti ini dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan dan menjadi sebahagian daripada projek 'Low Carbon Society'. 

KONSEP ASAS
  1. Mengurangkan sisa dari sumbernya:`reduce, recycle and reuse’
  2. Penjana sisa bertanggungjawab bersama menguruskan sisa makanan dari punca-rumah, kantin, pusat penjaja.
  3. Rawatan Sisa: 
  • Sisa organik akan dirawat/proses menjadi kompos
  • Kompos digunakan untuk tanaman sendiri atau dijual semula.
  • Operasi pengeluaran kompos/Bio-Organic Fertilizer berskala besar

AKTIVITI UTAMA
  1. Komuniti bekerjasama dengan Pasukan Fasilitator/Ranjer Alam Sekitar.
  2. Penyediaan peralatan pengkomposan dan   menghasilkan kompos mengikut sasaran yang   ditetapkan.
  3. Perlaksanaan `buy back program’.

BUY BACK PROGRAM
  1. Biosense akan membeli semula kompos yang dihasilkan oleh peserta projek dengan kualiti dan harga yang ditetapkan.
  2. Biosense akan membuat proses lanjutan mengikut kualiti pasaran semasa. Pemantauan akan dibuat oleh UTM.
  3. Biosense akan merekod data semua peserta untuk tujuan pemantauan dan penghasilan statistik secara automatik.  Maklumat peserta, jumlah kompos yang dihasilkan, peserta yang aktif menghasilkan kompos.

DISOKONG OLEH:

Picture
Picture
Bengkel Pengkomposan Sisa Makanan yang dijalankan di Taman Sri Kasih pada 22 Disember 2012. ( Lihat Green Project > Workshop > Projek Hijau Lestari untuk fail gambar)

CARA MENDAPATKAN BONUSHIJAU

Picture
Picture
Turn the 'garbage' into 'compost' for the garden of your life.
Create a free website with Weebly